tips hari ini - )1Januari2008 .. Happy New Year!

Jangan lepaskan kambing jamnapari ketika awal pagi sebab banyak cacing berada di permukaan tanah dan hujung rumput (embun / sejuk). Seeloknya lepaskan pada waktu 2.00 petang – 6.00 petang.
Kalau kambing dah masuk cacing... alamat tak sihat jawabnya... harap perut je buncit...

  • Elakkan juga selepas hari hujan – nanti kambing kotor…..
  • Kebaikan susu kambing

    1. Tanpa bahan pengawetdan segar dari ladang ternakan
    2. Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil.
    3. Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
    4. Mengandungi faktor antiantritis (inflamasi sendi) dan anti barah.

    Susu kambing dikatakan mampu membantu mengelakkan penyaki:

    1. Demam kuning
    2. Eczema (penyakit kulit)
    3. Gastrik
    4. Asma (lelah)
    5. Insomnia
    6. Ulser hepatitis A
    7. Menambahkan selera makan (kanak-kanak)
    8. Blue babies (kecacatan jantung bayi)
    9. Sakit jantung (peringkat awal)
    10. Penyakit buah pinggang
    11. Memulihkan tenaga batin
    12. Perawatan kulit (ultraviolet)


    source - Teknologi hasilkan susu kambing segar, Utusan Malaysia, Mega, m/s -3, Jumaat 28/12/07

    Cholestrol ranking in meat


    here are the ranking of cholesterol level in meat (lowest to highest):

    1. goat - make sure the meat are from young goat (2 years old and lower) - org melayu dpt high blood pasal makan kambing kampung aqiqah - more than 2 years, kolestrol dah naik!!!
    2. chicken
    3. beef @cow
    4. lamb @sheep
    5. pork

    ...so think 1st before you take the amount of meat!

    - source: veterinary department Kuala Terengganu, Malaysia.

    Selamat Hari Raya Aidiladha....

    ...maybe it is quite late to wish Salam Aidiladha for muslims but we still got 3 more days for hari Tasyrik - which we stil can do qurban (especially slaughtering cow, goat, sheep and camel - ayam tak kira.. :P)..
    What we really know for Aidiladha in Malaysia mostly is just about sembelihan but what we don't really care is the real meaning of qurban
    .... i'm not qualified to talk about this, but for sure it is more about sembelih @ slaughter. Just review the story of Nabi Ibrahim and Nabi Ismail.. please refer to the expert.

    ...last for today... Selamat Hari Raya Aidiladha and have a nice holidays!

    Ebook - Asas penternakan kambing jamnapari

    Salam...

    Agak lama saya tak update blog ini. Untuk pengetahuan semua, saya sedang mengusahakan ebook asas penternakan kambing jamnapari. Data dan maklumat yang akan didapati daripada ebook tersebut saya rasa amat bernilai bagi mereka yang ingin memulakan penternakan. Saya dulupun belajar melalui pembacaan, pengalaman di ladang, tips daripada penternak yang 'otai' dan juga pegawai-pegawai veterinar (khusus negeri Terengganu). Apa yang dapat daripada semua itu, saya olahkan dalam bentuk ebook ini agar manfaatnya dapat kita kongsi bersama.

    Ebook ini dapat memberi gambaran asas bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia 'jamnapari'. Sebarang pertanyaan, sila email kepada saya (Sham), samdaddycool@gmail.com atau sms; 017-9510818. Doakan saya dapat menyiapkannya dalam masa yang terdekat ini..

    Wasalam

    Susu kambing jamnapari goat milk ......

    We all know that the goat milk is very valuable in market. Some selling them between RM3 - RM5 for 300ml (depend on area). For jamnapari, they can produce quite a lot of milk depend on their size (+breast size), quantity of food / water, type of food, their health, etc.
    Make sure the milk stored in freezer (-18 deg celcius) so they can last up to 6 months. If they are kept in the chiller, it will last for 3 days.

    ......just simple basic tips from me...... You can start do the business now! Good luck!



    ...Please give comment if you want to add anything or something missing...



    SALAM LEBARAN BUAT PEKAMBING SEMUA, raya, raya juga... kambing nak makan..... ;>

    RM 2000 for anak kambing jamnapari leopard...

    Shock??? Thats the most expensive price i've heard about anak kambing jamnapari leopard aged 2 months! It seems that this kind of "ayam serama" sindrome become more popular amongs 'kambingers' :D .... anayway, good luck to you all guys and selamat hari raya aidlfitri , maaf zahir batin.

    Baja organic...

    Tahukah anda bahawa baja tahi kambing merupakan antara yang terbaik dalam kategori baja organik. Dan tahukah anda bahawa baja tinja kambing paling sesuai untuk pokok buah-buahan kerana mengandungi phosporus.... penting untuk pembentukan buah.

    Anak kambing menyusu


    Kenapa hari ni haus sangat???


    ...ooo patutla... dah lama tak hujan kat ladang ni... rasa-rasanya dah sebulan....


    Detik-detik kelahiran....












    ....kasih 'seorang ibu'......








    Kambing Jamnapari

    sumber dipetik daripada

    http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2006_11_01_archive.html



    KAMBING JAMNAPARI


    Maklumat Am

    Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

    Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

    Berbiak Kembang Dengan Pintas

    Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

    Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

    Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

    Penternakan Jamnapari

    Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

    Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

    Pembiakan Jamnapari

    Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.
    Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

    baka kambing jamnapari


    Salam buat semua.....

    Cosmopal Sdn. Bhd.

    Kami merupakan pembekal kambing baka jamnapari, jamnapari kacukan dan juga baka tempatan, antara yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
    Syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. merupakan sebuah 100% syarikat milik bumiputra, ditubuhkan pada 13November 2005. Ladang kami terletak di TKPM (taman kekal pengeluaran makanan) Serating, Marang Terengganu.

    Setakat ini produk yang kami tawarkan adalah baka-baka kambing jamnapari, kacukan dan juga tempatan. Kami juga membekalkan baja organik daripada tinja kambing dalam pek 1kg dan juga pek 40kg.

    Harga-harga kambing (harga bermula daripada..)*


    Jamnapari betina - RM950




    Jamnapari Jantan - RM1,600




    Jamnapari Jantan - RM1,900




    Jamnapari Jantan - RM2,300




    Anak Kambing Jamnapari Jantan / Betina (3 bulan) - RM600




    Kacukan Betina - RM850












    Kacukan Jantan (Jawa Randuk) - RM650

    * harga yang ditawarkan antara yang terendah dipasaran



    Baja

    pek 1kg (RM7.00)



    pek 30kg (RM30.00)


    *Agen dialu-alukan, sila hubungi kami.




    Susu kambing kini boleh didapati dalam pek 200ml (RM2), 500ml (RM5) dan pek 1.5liter (RM15)




    Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi;



    Saya akan kemaskinikan lagi maklumat ini dari masa ke semasa.

    AddThis