Tips hari ini... asingkan kambing jantan lepas 2 bulan bersama gundik-gundiknya...

...Salam

Ari ini kita menkaji tabiat kambing jantan yang suka mengawan tak kira pagi, petang , siang, malam..... hatta sebelum subuh.... :D

...... Jika kita dah campurkan selama 2 bulan si jantan ni dgn kambing-kambing betina, asingkan si jantan ini dalam kandang secara 'berseorangan!'.
Jangan pula kita campur dengan 2 - 3 ekor kambing jantan yang lain! Alamat berdarah-darah kemaluan si jantan ini... ??? Kenapa? Sebaba dia nak juga!

Tujuan pengasingan adalah bagi memantapkan benih dan juga merehatkan sebab dah kerja (@mengerjakan) kambing betina cukup-cukup. Ini bagi mengelakkan benih yang kurang mantap dan juga si jantan tadi kepenatan / kurus pasal tak cukup rehat, tenaga dan makan... (sibuk kejor betina....)..

Oklah, nanti lain kali kita jumpa lagi. Jangan lupa melanggan tips-tips terkini daripada saya menggunakan form feedburner disebelah!

Wasalam.

Tips hari ini... apa nak buat kalau kambing kembung?

... kalau kambing anda kembung, bagi minum minyak masak (suapkan guna picagari aka sringe), sekerap mungkin.

cara lain bagi minum coke..

cara lain lagi gunakan jarum, cucuk pada perut (perut terletak di sebelah kiri kambing), tekan-tekan perut supaya angin keluar... rujuk veterinar terlatih. (orang-orang kampung biasanya dulu2 guna buluh halus runcing). Yang ini bila kembung dah kronik.....

cara terakhir - sembelih kambing tu, dapat makan daging kambing. Jiran-jiran pun dapat maklan.. :) kita pon dapat pahala... : :D

Tips hari ini - Rumput yang kambing makan...

Salam,

Hari ini saya nak terangkan jenis-jenis rumput yang biasanya ditanam untuk makanan kambing.

1. Napier a.k.a rumput gajah - biasanya rumput gajah yang ditanam adalah jenis baka Taiwan. Berbanding baka tempatan, baka ini lebih elok , kurang berbulu dan mempunyai daun yang lebih besar dan cantik.
Rupa rumput gajah ini tergolong dalam keluarga tebu. cara menanamnya juga sama seperti tebu.
Untuk diberi kepada kambing, biasanya ia akan dimasukkan ke dalam 'chopper' untuk menghancurrkannya supaya hampir kesemuanya dapat dimakan kambing.

2. Humidicola a.k.a medicola a.k.a rumput lembu - rumput ini sangat bagus ditanam kerana dapat dituai dalam masa 14 -20 hari. Biasanya dipotong menggunakan mesin rumput ataupun disambungkan mata pemotong kepada traktor.
Selepas itu, dimasukkan kedalam chopper (bagi kandang yang mempunyai palong makanan kecil). Bagi palong yang besar, masukkan terus ke dalam palong.

Sekian untuk kali ini.

wasalam.

Tahukah anda? (Jangka hayat kambing jamnapari)

Tahukah anda jangka hayat kambing jamnapari ialah 7 tahun.

Untuk memilih baka, pilihlah kambing yang berumur muda hingga pertengahan supaya anda tidak rugi.

Saya akan update dengan cara-cara menentukan umur kambing dalam post yang akan datang. Subscribe dengan form di sebelah untuk post yang seterusnya,

Gong Xi Fa Chai!

Tips hari ini.... saiz kandang yang sesuai

Hari ini saya tergerak untuk memberi sedikit tips berkenaan kesesuaian saiz sesebuah petak kandang kambing.
Pada amnya, seekor kambing jamnapari memerlukan 10 kaki persegi (10sq ft each). Saiz petak pula biasanya berukuran samada 10' x 10 ' (untuk 8 - 12 ekor kambing) atau 12' x 12' (10 - 15 ekor kambing)..... bilangan kambing juga dipengaruhi saiz setiap ekor kambing. Jika saiznya kecil, 10' x 10' bole memuatkan hingga 12 ekor (11 betina + 1 jantan). Begitulah sebaliknya jika kambing agak besar , mungkin 10 ekor sahaja atau kurang.

That's all for today... see you later...

adios.

AddThis