KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

Salam,

Bagi sesiapa yang ingin membuat kertas kerja, tetapi menghadapi masalah bagaimana memulakannya atau memang tak terer nak buat paperwork pertanian, boleh check rancangan perniagaan
Kertas kerja ini memang dirangka untuk membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan terbabit, mahupun badan-badan kerajaan, MARA, atau yang sewaktu dengannya.
Jika anda mendapatkan kertas kerja daripada mereka yang mahir dan berpengalaman, sudah semestinya peluang nak dapat duit tu mudah... betul tak?
Jadi saya petik sebahagian website mereka,


"

APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN?
Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja perniagaan atau kertas kerja pinjaman perniagaan. 90% mereka yang menyediakan rancangan perniagaan adalah kerana ingin memohon pinjaman (bila nak memohon pinjaman baru kelam kabut nak cari konsultan), tetapi sebenarnya mereka ini tersilap

Matlamat rancangan perniagaan

Rancangan perniagaan yang disediakan mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :-

Sebagai Garis Panduan Untuk Menguruskan Perniagaan

Rancangan perniagaan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menguruskan perniagaan. Rancangan perniagaan biasanya menunjukkan langkah-langkah yang akan dijalankan oleh pengurus perniagaan. Pihak pengurusan akan menerangkan kandungan rancangan perniagaan untuk mewujudkan pemahaman mengenai tugas-tugas mereka dan juga akan melahirkan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja.

Meyakinkan Pihak Tertentu Terhadap Idea Perniagaan

Rancangan perniagaan merupakan satu alat perhubungan bagi seseorang usahawan untuk menjelaskan sesuatu projek yang ingin dijalankan kepada pihak lain. Melalui rancangan perniagaan ini ia dapat meyakinkan pihak yang ingin membantu menjayakan projeknya. Pihak yang terlibat termasuklah pelabur, syarikat kewangan dan bank.

Mengkaji Dan Menilai Kemajuan Dan Prestasi Perniagaan

Rancangan perniagaan, adalah alat pengukur daya maju sesuatu projek. Rancangan perniagaan menggambarkan analisis yang dibuat untuk menunjukkan potensi dan daya maju sesebuah perniagaan. Dengan berbuat demikian ia juga akan mengelakkan berlakunya pembaziran modal, masa dan tenaga.
“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”
SESUAI UNTUK
  • Bakal-bakal usahawan
  • Usahawan IKS
  • Mereka yang ingin membesarkan projek
  • Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat

PRODUK DAN PERKHIDMATAN KAMI

  • E-Book
  • Perisian Perakauanan
  • Perkhidmatan Percukaian
  • Perkhimatan Menyediakan Kertas Kerja/Rancangan Perniagaan."


Jadi jangan berlengah lagi, klik sini atau banner di bawah untuk keterangan lanjut..




Selamat mencuba!

Blogspot.com jadi .com , free maaa...

Salam...

nak wat announcement sikit.. sesapa yang nak jadikan www.***.blogspot.com, kepada www.****.com, bole ler register dan apply. klik banner bawah ni, register, apply... pastu wat le apa2 yang patut...

Visit this site.

Selamat mencuba....

Download gambar kambing jamnapari, apa-apa sahaja pasal kambing, kandang

haus sungguh hari ni...
click pic to download


nak kambing menyusu
click pic to download



anak kambing jamnapari
click pic to download



kambing beranak
click pic to download



kambing beranak- oopppsss dah keluar!!
click pic to download



kambing jamnapari jantan
click pic to download




kambing jamnapari cross
click to download pic


kambing gurun 1





kambing gurun 2



I will come out with more pics for u ...

click here to see more picture in my gambar kambing gallery


Pembekal makanan dan produk kesihatan ternakan, peralatan penternakan, benih rumput, bakteria probiotik, bata garam, baja kompos, dan khidmat nasihat.


Salam,

saya baru terlihat blog daripada usahawan pertanian, iaitu JB BERKAT FARM.
Khidmat yang disediakan ialah merangkumi, "
Pembekal makanan dan produk kesihatan ternakan, peralatan penternakan. benih rumput, bakteria probiotik, bata garam, baja kompos dan khidmat nasihat."
terletak di Pokok Sena, Kedah (jauh tuuu noo.., kat utaghaaa)..,
lokasi kedai kami..terletak di pekan Pokok Sena, kira2 16 kilometer dari bandaraya Alor Setar. Kedai kami dibuka dari jam 10pg hingga jam 7 mlm( 9pg sampai 6 ptg utk bln puasa). Mai..jgn x mai..

..So sape2 nak carik supply pertanian/ penternakan, boleh lah layari blog ini, http://jbberkatfarm.blogspot.com

...Selamat mencuba!



klik peta ni kalu nak gi sana...

Dunno what to say.. but still about kambning...

Recently, i just joined jutawan tani forum and i found that it's so cool for those who are into this business. Over there , some forumnist got lots of experience in this field, eg - kambing, ikan, ladang sayur, sawit, boer, jamnapari ,..bla.. bla... and some looking for info.
We can get contacts, information, tips and answers which any of the members are willing to share what they've got
.
My advice , join the forum, and explore the world!... bak kata mawi. :)

wasalam...

Kandang kambing besi + plastik???

Salam..

Ok, hari ini saya nak tolong promote kenalan saya melalui forum pertanian. Beliau merupakan usahawan bagi "kandang kambing yang guna besi (dinding / lantai plastik.. plastic) "...
Kelebihan kandang modern ni, tahan lebih lama berbanding kayu... ni description beliau...


"Berikut adalah spesifikasi kandang:
1. Saiz: 19 x 50 kaki.

* Kurungan besar berukuran 10 x 10 (5 petak)
* Kurungan kecil berukuran 5 x 5 (10 petak)
* Laluan ditengah berukuran 4 kaki


2. Material

* Badan: Besi galvani.
* Bumbung: Metal deck.
* Lantai: Plastik / plastic.


Harga: RM60,000.00


Nota:

* Kandang yang ideal adalah kandang yang mengambil kira aspek keperluan ternakan.
* Kadangkala penternak terlupa bahawa mereka mengambil kira keselesaan mereka bekerja sehinggakan terlupa aspek penting yang perlu diberi perhatian seperti kurungan kecil, pengudaraan yang baik, pencahayaan yang baik dsb.
* Kurungan besar - 10 kaki adalah saiz yang ideal untuk 1 jantan dan 8 betina. Ini bermakna bagi setiap unit kandang hanya terdapat 45 ekor kambing atau biri-biri.
* Kurungan kecil - Digunakan untuk menempatkan ibu yang bunting dan juga ibu bersama anak yang baru lahir sehingga tiba tempoh cerai susu. Satu petak 5 x 5 hanya menempatkan seekor sahaja ibu bersama anaknya. Anda sudah tentu biasa berhadapan dengan situasi ibu yang keguguran, anak mati akibat dipijak, perkara ini berlaku disebabkan tidak memberi perhatian kepada aspek tersebut. Sedangkan, kelahiran anak adalah harta yang bernilai.
* Saiz 19 x 50 adalah ideal untuk breeding (proses biak). Sebab itulah, setiap kurungan besar menempatkan seekor jantan, ini bermakna ada 5 jantan dalam satu kandang bagi setiap petak tersebut supaya proses mengawan berterusan.
* Saiz 19 x 50 juga tidak terlalu panjang - apa kelebihannya: Kawalan penyakit, boleh fokuskan kandang mengikut tujuannya seperti Kandang A untuk baka tertentu, Kandang B untuk anak-anak yang sudah cerai susu dsb mengikut keperluan anda.


Saya lampirkan disini imej kandang, sila lihat lantai plastik yang kami gunakan:



Untuk pengetahuan semua, inilah kandang percubaan yang kami guna sejak Disember lepas.



so , ni contact beliau, fazudin@gmail.com

detail pasal perbincangan ni bole kita check kat sini !


So berminat??

RESEPI : Nugget kambing / mutton nugget

wahhh... mcm best je bunyi resepi ni? Sebelum ni saya tak pernah tulis resepi dalam bab-bab kambing. Tapi hari ini (sebenarnya kul 2.15am), saya nak bagi rahsia nugget yang biasanya orang jual diperbuat daripada ayam atau ikan..

Ok. Tanpa berlengahkan masa, sediakan buku dan pen untuk menyalin resepi... (hehehe.. berangan masuk tv jadi host masakan jemputan).

FREE download resepi nugget kambing.doc (klik)

BAHAN ASAS;
isi daging kambing (dibuang urat) 450g
air batu (ais) 100g
lemak sayur 100g
garam 1/2 table spoon
tepung ubi 25g


BAHAN REMPAH
lada sulah 2 table spoon
bawang putih 4 ulas
bawang merah 1 ulas
serbuk roti (bread crumb) 200g
telur 1 biji
tepung jagung 40g




CARA-CARA MEMBUATNYA....

  • Campur kesemua bahan asas (kecuali ais dan lemak sayur).

  • Kisar sehingga lumat (seeloknya guna pengisar daging) sehingga suhu mencecah +/- 40oF .

  • Selepas siap, masukkan ais dalam pengisar , kisar selama 3 minit.

  • Masukkan BAHAN REMPAH.

  • Dah siap le tu, bole le buat apa-apa bentuk sesedap rasa (suka hati ler nak buat bentuk love ke, ninja ke, T-Rex, RXZ ke dsb).

  • Pecahkan telur dalam mangkuk ayun lain dan celup nugget yang dah dibentuk, pastu celup pula ke dalam tepung, pastu dalam serbuk roti... (jadi le yang macam kat supermarket tu)...

  • susun dalam dulang, panaskan minyak, goreng...

p/s - pastikan proses menggoreng dilakukan lepas family makan tengahari, kalu tak, belum sempat hidang asyik habis... pasal sedappp!!!

SELAMAT MENCUBA!

...Saya akan menulis lagi resepi2 lain yang lagi power (contoh kambing BBQ, kambing black pepper.. ntah apa la lagi..)

Untuk post terkini, melangganlah blog saya ni dgn FEEDBURNER FORM kat sebelah tu...

Blog Pertanian & Industri Asas Tani

Baka kambing jamnapari untuk dijual

Salam....

Arini berbalik kepada matlamt asal kita... kambing jamnapari.
Saya sedang dalam proses untuk membuat marketing kambing jamnapari ( baka ).... JV dengan sebuah ladang yang sangat berbaua kambing.. (dah bela kambing memang bau kambing, kan , kan,, kan.. )

Nantikan post yang seterusnya... Untuk mendapatkan maklumat terkini, gunakan form feedburner disebelah untuk update daripada saya...

Selamat berkambing!

Fitna the movie

Salam semua...

arini takde nak cite pasal kambing, tapi nak bagi anda semua tgk FITNA THE MOVIE ... dan kenapa kita kena boikot produk belanda....

tgk movie part 1, klik sini

tgk movie part 2, klik sini

PRODUK BELANDA yang perlu kita BOIKOT, klik sini

Ingatlah, setiap langkah yang kecil , menyumbang kepada yang besar. Ajar sikit Geert Wilders, (seorang ahli parlimen Belanda), bahawa apa yang dibuatnya salah. Dia menyempitkan lagi persepsi orang bukan Islam terhadap ISLAM.

...Islam itu mudah. Islam itu suci. Yang diambil dalam movie tu, clips2 yang dah disalah ertikan + sebahagian terjemahan ayat quran, (bukan keseluruhan untuk menerangkan sesuatu sebab / kisah).

..Jadi saya menyeru, edarkan senarai ini pada para jemaah ditempat kita...

Jihadlah ke jalan Allah. Jihad bukan sekadar angkat pedang di medan perang. Zaman moden ni, ni salah satu cara jihad memerangi musuh Islam (org bukan Islam tak buat kita musuh, tak salah kita jadi sahabat dia).

Sekian, harap celoteh kali ini dapat membawa keinsafan. Walaupun tak berbaur kambing...

Wasalam.

Samdaddycool
MUHASABAH TRADING

Terengganu To Breed 'Jamnapari' Goat To Excel As Mutton Producer

Terengganu To Breed 'Jamnapari' Goat To Excel As Mutton Producer

KUALA TERENGGANU, Dec 25 (Bernama) -- The Terengganu Veterinary Services Department plans to use the Jamnapari mixed breed of goat from Indonesia in its goat-rearing programme to be launched next year in the quest to make the state the largest producer of mutton in the country by 2008.

Department Director Dr Azizol Mohd Sharom said Sunday the department had already imported 500 of these goats at a cost of RM500,000, and they were under quarantine at the KL International Airport pending a health check.

He said the Jamnapari mixed breed of goat was bigger in size than the local goat and its price was not too much higher than that of the actual Jamnapari breed.

Dr Azizol said the department planned to import 1,000 of these goats in two batches of 500 each next year and in 2007 to meet the state's objective of becoming the top producer of mutton.

Between 10 and 40 goats would be allocated to selected breeders who would be given guidance on breeding techniques, he said.

People interested in the breeding programme could submit their applications to the department, he said, adding that they should meet certain criteria such as having breeding grounds, experience in goat-rearing and attended courses run by the department.

The state government has allocated RM6 million for the goat-rearing programme up to 2008, he said.

-- BERNAMA

December 25, 2005 14:35 PM


credits - http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=172790&cat=et

Pekambing.. tanam pokok nimph (@bambu)

Salam...

Jika anda dah bela kambing, atau mula nak bela kambing... mulalah tanam pokok nimph (@bambu)..

Kenapa??

Sebab daun pokok ni dapat bunuh cacing dalam perut si kambing ni! kambing ok je makan daun ni...

Kat mana nak dapat??

Sesetengah tempat, ia dijadikan tanaman landscape oleh majlis perbandaran / majlis daerah... Tapi kebanyakan kaum India menanamnya (atas dasar keagamaan ) disamping dapat mengubati sakit kulit (esp. chicken chop... ehh chicken pork ye ke spelling ni??)..

tu jelah.. byk mende lain kena selesaikan...

Sok saya start niaga kat JOMHEBOH TV3, MITC, Ayer Keroh Melaka.

Wish me luck!

Susu jamnapari dieksport

BATU PAHAT 6 Nov. – Un Keng Farming Sdn. Bhd. (UKFSB) di Parit Yaani, dekat sini bakal menjadi pengeluar dan pengeksport susu segar kambing jamnapari di Malaysia tidak lama lagi.

Selain pasaran tempatan, syarikat itu juga merancang untuk mengeksport susu keluaran mereka ke beberapa negara Timur Tengah.

Antara negara yang dikenal pasti berpotensi besar sebagai pasaran produk keluaran UKFSB itu ialah Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi serta Arab Saudi.

Pengarah Urusannya, Goh Un Keng, berkata, untuk itu, UKFSB akan membelanjakan RM4 juta untuk menyedia serta meningkatkan kemudahan pengumpulan dan pembotolan susu di kilang pengeluarannya.

Tambahnya, sehingga ini, pihaknya sudah membelanjakan RM2 juta bagi membeli beberapa peralatan berteknologi tinggi antaranya mesin penyedut serta kemudahan penyimpanan susu dari Jepun dan Taiwan.

“Kita juga merancang membelanjakan RM2 juta lagi bagi meningkatkan pengeluaran, termasuk menambah jumlah kambing betina,” katanya.

Katanya lagi, penggunaan teknologi tinggi itu adalah perlu bagi memastikan produk keluaran syarikat menepati standard antarabangsa yang ditetapkan negara pengimport.

Goh berkata, mesin pembunuh kuman atau pasteur dan homogen di UKFSB itu, adalah yang pertama di negara ini dan kini pihaknya sedang menunggu pengiktirafan beberapa institusi piawaian.

Antara institusi piawaian yang dipilih untuk menilai kualiti produk keluaran UKFSB itu ialah Moody International dan Pemeriksaan Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Goh juga memberitahu, susu kambing segar keluaran UKFSB turut mendapat pengiktirafan dan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya lagi, susu kambing Jamnapari keluaran syarikatnya itu agak berbeza daripada susu kambing lain kerana ia mengandungi banyak khasiat serta berbau harum.

‘‘Antara khasiat utama susu kambing Jamnapari segar ialah ia tiada bahan pengawet, mengatasi penyakit demam kuning serta mengandungi faktor anti barah dan radang sendi,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Bagi tujuan pemeriksaan kualiti dan standard, contoh susu keluaran UKFSB turut dihantar ke makmal veterinar Johor sebulan sekali.

Setakat ini katanya, UKFSB mampu menghasilkan kira-kira 280 liter susu kambing segar sehari dan usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan kapasitinya kepada 600 liter sehari.

Goh berkata, antara langkah yang diambil bagi mencapai matlamat berkenaan, ialah menambah jumlah kambing betina di ladang ternakan milik UKFSB serta mendapatkan bekalan daripada 20 penternak kambing Jamnapari di kawasan sekitar.

Tambahnya buat masa ini UKFSB mempunyai 240 ekor kambing jamnapari yang boleh menghasilkan susu segar dan masih ada 3,000 ekor kambing jamnapari yang sedang membesar.

Beliau menambah, buat masa ini permintaan terhadap susu segar kambing jamnapari melebihi penawaran, dan UKFSB memerlukan 600 ekor kambing jamnapari yang boleh mengeluarkan susu segar untuk menampung permintaan tempatan dan luar negara pada masa akan datang.

AddThis