Tak cukup masa?

Salam..

mungkin tulisan saya hari ini takde kaitan dengan kambing, tapi apa yang nak dibebelkan adalah mengenai pengurusan masa.. (terutama yang terlibat dengan apa sahaja bidang perniagaan)..
Mungkin kita pernah terdengar atau mungkin kita juga pernah berkata, tak cukup masa, terutama kita tak dapat melakukan atau meluangkan masa untuk sesuatu perkara / majlis.

Secara tidak sedar kita menafikan hukum alam... Allah jadikan satu hari 24 jam, tak pernah lebih, tak pernah kurang. Jadi setiap manusia mempunyai jumlah masa yang diperuntukan sama rata.
So jangan jadikan alasan 'tak cukup masa'. Pada saya, jawapan yangboleh diterima adalah, kesuntukan masa (ada perkara lain yang lagi penting).

Secara jujur, saya sendiri merupakan seorang yang suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Bertangguh merupakan satu penyakit yang sukar dikikis apabila sudah menjadi tabiat harian. Bertangguh merupakan salah satu punca kita kesuntukan masa. Jadi jika anda mempunyai sesuatu benda perkara yang penting, laksanakan segera atau mungkin catatkan dahulu supaya dapat dilakukan secepat mungkin.

Alhamdulillah sekarang saya sudah mengubah sedikit demi sedikit tabiat betnagguh, disamping cuba mencri masa / membahagikan masa agar hidup lebih bermakna, mencari rezeki dan ibadat dapat dilakukan dengan lebih seimbang dan sempurna.

sekian sahaj kali ini, wasalam.

samdaddycool
Muhasabah Trading.
CaftanOnline.com

RESEPI - lamb chop recipe

Salam semua...

Dah lama tak update blog ni... almaklumlah saya mmg sibuk sesangat dengan bisness yang tgh naik, step by step.. + setup online store. Jap2 gi KL amik stok.
Oklah, berbalik kepada matlamat asal, saya nak turunkan resepi warisan sepanjang zaman iaitu lamb chop recipe. (perlu ditekankan disini, yg kita makan kat western food restoran tu bukan kambing, tapi bebiri (byk cholestrol maa...) pasal tu dia panggil lamb!)

ok, tanpa berlengah masa, sediakan pen dan kertas untuk menyalin bahan-bahan....

free download resepi lambchop.doc


BAHAN-BAHAN

200g Daging kambing (mutton)
*daging perlu diketuk-ketuk dengan 'special hammer' - mmg untuk lembutkan daging, bole didapati disebahagian kedai 2ringgit ataupun supermarket.
*bagi daging dibahagian rusuk, tulang, perlu dicucuk-cucuk / belah dengan pisau supaya rempah dapat masuk dn juga mudah masak.

REMPAH / spices

50g Serai /lemon grass
20g bawang putih / garlic
10g jintan manis /tak tau mende dlm english, nanti len kali chk dictionary
15g lada hitam / black pepper
10g lengkuas
15g bawang besar / big onion
10g bawang kecil / small onion
30g asam jawa / tamarind
5g rosemary
5g thyme
12g madu / honey money
15g ketumbar

10g buah keras


CHARA-CHARA

Masukkan kesemua daging dan rempah (kecuali buah keras) kedalam bekas, perap selama semalaman.

toskan air hingga kering, masukkan dalam bekas untuk pemerapan seketika sebelum pembakaran terbuka dilakukan. (buah keras boleh digaul sejam sebelum membakar - tujuan tidak dicampur bagi mengelakkan daging hancur)..

Dah ready untuk bakar... sediakan pinggan dan beratur ikut turn!


SELAMAT MENCUBA!

Jamna Cross Dara for Sale RM 600 dan ke atas..

Pengumuman daripada cemerlang tani,

30 ekor Jamna Cross Dara for Sale..Berumur 6 Bulan dan ke atas..Harga RM 600 dan ke atas..

details, click here

Changing LINKS

Tag - Backlink : Your Favourite Cartoon

Salam semua...

hari ni... no kambing story, but i was tagged from one of my bloggers' mate, abfatah. So I have to reply and do the process..

DORAEMON !!! (versi B. Melayu)

Kenapa aku suka Doraemon? Sebab katun ni mmg best, lawak dia mmg 'bangsat' sikit ler. tapi tak peningkan kepala dan syok layan... (dulu masa zaman bebudak selalu layan bila bill start azan magrib... ish... ish.. tak elok kan?)




Best juga hidup dalam alam khayalan mcm ni (esp masa mental lom totally mumaiz :D ) .. Tapi yang smart memang Doraemon sahaja,(sebab tajuk pon dah nama Doraemon).... Tapi banyak kali aku tak puas hati pasal Nobita ni menyusahkan mak bapak esp Doraemon.. kalu aku jadik doraemon, dah lama aku humban nobita ni dalam sungai Muar. Yang paling menonjol plak watak ganas, Giant (bukan giant muar...) dia ni mmg horor sikit, dan nobita memang cuba elak bertembung muka dgn giant, pasal, memang takde pasal pon giant ni akan jalan-jalan crik pasal sama nobita.
Sunio @suneyo plak suara pecah giler b***, watak menyibuk... Tapi paling cute of course le Sizuka.. dapat awek camni mmg aku rasa bole bahagia, lemah lembut gemalai... cuma dia nyer skirt memang tak pernah tukar2 sepanjang akau tgk cite doraemon nih...



Berbalik kepada matlamat seterusnya..

Ok mcm ni,


Sebelum tu, ini Syarat-syarat yang wajib korang Patuhi!

  1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la :P Tak kisah la, Dragon Ball ke? Power Rangers ke? Gaban-Z ke Hulk the green ke dan watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.
  2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… :)
  3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la.


so , here are the nominees...

1. cik_lyana

2. khairulazmi

3. labanon

4. muhdfirdaus

5. mohdismail


So, terpulang tuan punya badan nak jawab ke tak... :) tiada paksaan....
aku juga tidak memaksa, tiada deraan mental atau fizikal yang akan dikenakan...

harap maklom....

EM apa tu??

Salam,

Hari ini saya nak wat review tentang EM melalui blog kambing En. Othman. Blog beliau , http://ladangkambingkami.blogspot.com/ banyak mengandungi link dan pautan penting yang bole kita jadikan rujukan. Ni apa yang terkandung dalam blog beliau mengenai EM,



"SERBA RINGKAS KEWUJUDAN EM

Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.

PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM

umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.

BAHAN BAHAN SEMULA JADI

Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.

APA ITU EM

EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:

Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain."


Untuk maklumat lanjut, layari

http://ladangkambingkami.blogspot.com/2008/04/seminar-2-hari-penyediaan-bio-organik.html

Credit to En. Othman





AddThis