Perkara paling asas menternak kambing

Salam,

Memandangkan ramai orang ghairah dengan bisnes penternakan kambing sejak kebelakangan ini, saya ingin menyampaikan satu amanat yang amat penting. Untuk menceburkan diri dengan penternakan kambing, amati 3 perkara asas ini;

1. Minat
2. Sumber makanan
3. Komitmen

1. minat
Tanpa minat, anda sekadar melepaskan batuk ditangga (jangan pandang pada duit yang bakal diperolehi sahaja)

2. Sumber makanan
Untuk memulakan penternakan, pastikan anda mencari / menyediakan sumber makanan yang mencukupi bagi kambing-kambing yang bakal diternak. Jangan fikir anda boleh membeli sahaja pallet (pallet semakin hari semakin mahal). Apa yang perlu dilakukan?
i. tanam rumput
ii. cari ladang kelapa sawit (untuk daunnya)
iii. sumber lain seperti hampas soya, buangan ladang jagung, dsb.

3. komitmen
Anda harus ingat, kambing adalah benda bernyawa. Ia makan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Dan kambing tidak cuti makan ketika hari raya, mahupun cuti umum.
Jika anda mahu menggajikan pekerja, saya sarankan carilah mereka yang mempunyai jiwa yang komited 150% terhadap kambing anda... kalau tidak, 'selamat tinggal romeo!'... nanti kambing ke mana, duit kemana.. lagi satu, kambing terbiar jika pekerja tahu bosnya cuti atau melancong..

Cukuplah celteh pagi hari ini, esok saya ada banyak urusan..

Kepada bakal usahawan kambing, syabas dan tahniah kerana anda sanggup untuk bergelumang dengan pahit getir kambing. Dan saya ucapkan selamat maju jaya..

All the best!

Kolostrum- susu awal untuk anak kambing

Anak kambing yang baru lahir perlu menghisap susu ibunya sebaik sahaja lahir. Susu awal atau kolostrum merupakan sejenis cairan pekat (macam susu pekat yang hampir keras).. Ia amat penting kepada anak yang baru lahir. Sekiranya anak yang lahir terlalu lemah, bantulah ia supaya dapat menghisapnya(dengan cara memegang anak tersebut). Sebab lain si ibu ni buat dekk je , tak kisah ada anak!
...tu je la kot?

Here where I learned about kambing jamnapari.. about life...

Zainudin bakal 'jutawan' kambing


Ladang kambing milik syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Serating, Marang, Terengganu.
- Gambar ZUHAYATI YAZID


MARANG 8 Julai - Siapa sangka kawasan seluas 60 hektar yang dahulunya terbiar kini bertukar menjadi sebuah ladang kambing. Ternakan baka-baka tempatan yang 90 peratus untuk pasaran negara itu sekali gus akan menjadikan pengusahanya bakal jutawan.

Sebelum dibangunkan, kawasan yang terletak 60 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu ini dipenuhi semak-samun yang tidak memberi faedah kepada masyarakat setempat.

Namun, hasil usaha Zainudin Zakaria, 50-an, yang menganggap ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan hasil yang cepat, kawasan itu bertukar menjadi ladang kambing dalam tempoh lapan tahun sahaja.

Melalui syarikatnya, Cosmopal Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada November 2000, Zainudin kini merupakan satu-satu pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka terbesar di kawasan Pantai Timur.

Berbekalkan prinsip jangan kalah sebelum berjuang, beliau sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat antarabangsa demi mencurahkan bakti kepada bidang ternakan kambing baka.

''Sebelum saya berhenti kerja, saya membuat kajian tentang kebaikan dan kelebihan penternakan kambing.

Malah saya juga membuat lawatan ke luar negara untuk melihat sendiri kelebihan bidang ternakan ini," kata Zainudin ketika ditemui di ladang kambingnya yang terletak di Serating di sini, baru-baru ini.

Selepas dua tahun membuat kajian, beliau nekad membuka ladang kambing berbekalkan modal RM100,000 untuk membeli keperluan dan alatan.

Malah, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur sanggup pulang ke kampung hanya semata-mata untuk menternak kambing.

''Saya lihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan, hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada," katanya.

Ditanya apakah pengalaman semasa mula-mula menceburi bidang ini, bapa kepada lima cahayamata ini memberitahu, pada awalnya perasaan takut timbul.

Malah kata-kata kurang enak daripada rakan-rakan juga menyebabkannya rasa serba-salah. Namun beliau nekad untuk meneruskan perjuangan.

''Biarlah apa orang hendak kata, yang pasti kita tahu siapa diri kita dan tahap kemampuan diri kita," ujarnya.

Katanya, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang sering memberi dorongan dan semangat kepada dirinya.

Bermula dengan beberapa ekor kambing jenis Jamnapari yang dibeli dari Indonesia serta sebuah reban, kini Zainudin mempunyai enam buah reban untuk menempatkan semua kambingnya.

Beliau menyasarkan untuk membiak 10,000 ekor kambing dalam jangka masa yang terdekat ini.

''Pada tahun 2007, saya hanya mempunyai 3,000 ekor kambing tetapi setiap tahun haiwan ini semakin berkembang biak," ujarnya.

Menceritakan pengalaman menternak kambing baka, beliau memberitahu, ia bukan perkara yang sukar.

Malah kambing merupakan binatang yang manja, katanya.

Jelasnya, kambing juga seperti manusia yang perlu dilayan dengan baik dan biasanya haiwan ini dilepaskan selepas dua minggu dikurung di dalam reban dan apabila sampai tempohnya ia akan pulang sendiri ke reban.

Beliau mengupah lebih 10 pekerja untuk membantu memberi makanan kepada ternakan kambingnya.

''Kambing-kambing juga turut dimandikan dan syampu supaya kelihatan bersih dan segar," katanya.

Beliau bersyukur kerana ladangnya itu mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

''Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan membuat lawatan ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini," katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.

Zainudin memberitahu, selain menjalankan penternakan kambing, beliau juga menjalankan pelbagai aktiviti sampingan bagi memaksimumkan pendapatan di samping membantu masyarakat setempat yang berpendapatan rendah.

''Selain menjalankan penternakan kambing, ladang ini juga menghasilkan baja organik daripada najis atau tinja kambing yang dicampurkan ramuan lain untuk dijadikan baja organik.

''Kerja-kerja membungkus baja saya serahkan kepada golongan orang kurang upaya yang menginap berhampiran ladang ini,'' jelasnya yang mengitar semula bulu kambing untuk dijadikan aksesori.

Beliau juga merancang membuka kilang memproses barangan daripada kulit kambing antaranya jaket, beg tangan dan pelbagai aksesori lain.



source - arkib Utusan Malaysia





MAHA 2008 - Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show

Sempena kejayaan MAHA 2006, pada tahun ini, MAHA akan dianjurkan sekali lagi pada bulan Ogos. Penganjuran yang dibuat oleh MOA- Kementerian Asas Tani manakal perlaksanaannya dipertanggungjawabkan kepada FAMA.
Pameran yang akan berlangsung selama 13 hari (11 - 23 Ogos 2008), akan diadakan di MAEPS, Malaysia Agro Exposition Park Serdang, Selangor. Ia bertujuan menghimpunkan pelbagai jenis bidang pertanian, 'agro - based', hortikultur dan agro-pelancongan (agro-tourism). Merupakan pameran terbesar dalam kelasnya serta telah termaktub dalam 'Guiness Book of World record'. Pameran ini menarik penyertaan yang datang dari pelbagai syarikat besar, persendirian dan juga badan-badan kerajaan.
Apa yang bakal menarik perhatian pengunjung ialah segala aspek pertanian, penemuan, innovasi dan juga teknologi terkini, bakal disaksikan di pameran tersebut. Dikatakan sebagai 'wajib dikunjungi' oleh setiap genap lapisan masyarakat, pastinya MAHA menggamit hati setiap pengunjung dengan 'pakej' yang ditawarkan. Anda dijamin tidak akan bosan sehari suntuk menghadiri MAHA 2008, dengan keluasan tapak 42,000 m persegi. Pelbagai aktiviti telah diatur manakala segala jenis ternakan, tumbuhan, gerai, jentera dan banyak lagi akan dihidangkan di sana.

Untuk paparan dan maklumat lanjut, layari http://www.mahaexpo.com




Buku panduan penternakan kambing

Salam semua...

Ok, kali ni saya tak tulis apa2 tentang tips, atau panduan mahupun resepi kambing. Apa yang say promosikan disini adalah tetang ebook 'Rahsia Kambing'. Ditulis oleh Mohamed Farid Sulaiman, seorang yang berpengalaman dalam penternakan kambingdan juga mengusakan ternakannya sendiri.
Beliau telah menghadiri kursus-kursus mengenai kambing, belajar tentang kambing melalui seorang sifoo dan akhirnya bergelumang dengan dunia kambing itu sendiri.
Apa yang saya sarankan, korbankanlah secebis dari wang anda untuk segedung ilmu bermanfaat. Ilmu yang ditimba tidak akan habis, malah makin hari makin bertambah. Jika anda ingin terjun ke dunia 'perkambingan', melaburlah sedikit untuk bekalan dan panduan yang tidak ternilai. Apa yang kita korbankan, sudah pastinyaakan membuahkan hasiljika kita pandai menggilap sebutir pemata.
Jadi, timbang-timbangklah ilmu yang bakal anda perolehi!

wasalam.




Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa kambing yang dihinggapi cacing mempunyai bulu yang tidak terurus? Ini adalah tanda-tanda atau simptom terdapatnya cacing didalam perut kambing tersebut. masalah yang timbul?

Perut buncit dan kambing tidak mendapat zat yang sepatutnya....








AddThis