Syera Vermikompos : Baja organik tahi cacing




100% Organik
Berkualiti, Selamat & Mesra Alam


Unsur Asas Baja Cacing Syera Vermikompos

N 15 : Untuk penyuburan pokok dan daun.
P 15 : Untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
K 15 : Untuk penyuburan bunga dan daun.
Zeolite : Produk mineral semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan manusia.




Kandungan :

Silika (Aluminasilicate) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

Kesan dan hasil penggunaan baja cacing organik Syera Vermikompos :

  • Membaiki pH tanah.
  • Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam, merangsang akar membebaskan baja yang tersangkut di dalam tanah untuk dimanfaatkan oleh pokok.
  • Pokok akan tumbuh lebih besar, hasil pengeluaran yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun.
  • Memberikan kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.


Keistimewaan baja cacing organik Syera Vermikompos

  • Tidak berbau
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, tidak kira tanaman di dalam pasu, mahupun di atas tanah.
  • Proses penghasilan baja organik 100% secara semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Tiada kesan negatif kepada pokok tanaman jika baja diguna secara berlebihan.



Fungsi baja cacing organik Syera Vermikompos :

Mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak / kulat. Baja dan juga racun kimia adalah faktor penyebab utama tanah mati dan rosak, disebabkan penggunaan yang berlebihan dan tidak terkawal. Penggunaan baja cacing oranik daripada tahi cacing vermicompost ini dapat menyuburkan, merawat dan memulihkan tanah yang telah mati... Insyaallah.



Di mana hendak mendapatkan stok Baja Cacing Syera Vermikompos?


Untuk bekalan baja dan cacing tanah, sila hubungi Syera Agrotech:

Syed : 019 - 6226 679
Rafi : 019 - 6635 676

PKU 55, Kampung Seri makmur, 84900 Tangkak, Johor.


Selain itu, Baja organik cacing Syera Vermikompos boleh didapati di Pasar-pasar tani, pasar pagi dan juga pasar malam sekitar Muar, Tangkak, Segamat dan Bukit Gambir pada hari dan waktu terpilih. Sila hubungi talian tertera.

Baja organik berasaskan najis babi pula didedahkan

Hati-hati kepada sesiapa yang menggunakan baja organik keluaran bukan produk muslim.

Berita petikan Sumber: Utusan Malaysia Online



KUALA LUMPUR 30 Mac - Selepas digemparkan isu makanan halal dan haram tidak lama dahulu, Persidangan Dewan Rakyat hari ini didedahkan pula dengan penggunaan baja organik dari China yang mempunyai bahan utama berasaskan najis babi.

Lebih mengejutkan, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail (BN-Arau) yang membangkitkan perkara itu berkata, baja berasaskan najis babi itu telah digunakan secara meluas khususnya di kawasan penanaman padi sejak kira-kira empat atau lima tahun lalu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu berkata, kewujudan baja tersebut disedarinya kira-kira dua tahun lalu apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai pertanian berketurunan Cina yang kebetulan terbaca mengenai makluman kandungan yang tertera pada bungkusan baja itu.

``Waktu itu saya sedang melawat kawasan penanaman padi dan kemudiannya pesawah di situ pun terkejut sebaik dimaklumkan kerana tidak tahu yang selama ini mereka guna baja berasas najis babi memandangkan makluman kandungan yang tertera adalah dalam bahasa Mandarin.

``Ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan soal hukum, jika tidak mengenai makanan sekalipun, ia tetap terkena para petani yang menggunakannya,'' katanya.

Tambah Syed Razlan, menurut maklumat yang diterimanya, baja organik China mula dibawa masuk ke negara ini kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding negara lain seperti Jerman, Jepun dan keluaran tempatan.

``Harga modal baja organik China hanya sekitar RM100 setiap tan berbanding baja organik tempatan yang berharga RM800 setiap tan dan dari Jepun pula mencecah RM4,000 setiap tan.

``Bagaimanapun janganlah kita lihat ia dari segi harganya sahaja kerana jauh lebih penting apakah orang yang beragama Islam tergamak hendak makan sesuatu hasil tanaman yang menggunakan najis babi sebagai baja.

``Pesawah di tempat yang menggunakan baja China ini terus mandi longkang untuk samak apabila saya beritahu tentang hal ini dan ini menunjukkan para petani sendiri tidak mahu gunakan baja jenis ini walaupun harganya rendah,'' jelasnya.

Menurut Syed Razlan, sebagai jalan keluar daripada masalah ini, baja-baja organik yang diimport iaitu bukan sahaja dari China tetapi juga dari negara-negara lain harus diselidiki terlebih dahulu untuk pastikan bahan asasnya.

Baja Vermikompos daripada cacing tanah


As they process organic materials, earthworms aerate the soil, leaving behind nutrient-rich castings. This peat and humus blend contains approximately 1500 nearly-microscopic earthworm eggs. Just scatter on the ground and rake lightly. They will mature and reproduce in about 3 months.
Bidang pertanian Malaysia tiba-tiba diledakkan dengan perusahaan cacing. Cacing tanah yang dipelihara kebanyakkannya atas dasar usahasama 'contract farming' ini, berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat - profesional, orang perseorangan mahupun syarikat berdaftar.

Para usahawan tani muncul, begitu juga penggiat kursus ternakan cacing, tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Lambakan bekalan cacing untuk tujuan kosmetik ini menyebabkan harga jatuh merudum. Pengeluaran melebihi permintaan. Para pengusaha mula mengeluh. Pulangan yang dijangka tidak seperti yang disangka.

Apa penyelesaiannya?

Cara yang terbaik menangani masalah yang wujud adalah menghasilkan produk baja organik cacing vermikompos. Dengan terhasilnya baja vermikompos hasil nyah tinja daripada cacing dapat dipelbagaikan sumber pendapatan. Daripada memasarkannya terus sebagai produk baja organik, mahupun menggunakannya sendiri di ladang atau kebun sayuran, pokok serta buah-buahan.

Kesimpulannya, memang kadang-kala kita tidak menyangka sesuatu masalah yang wujud lain daripada perancangan asal. Namun, setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Berusaha, berikhtiar dan bertawakal adalah langkah yang terbaik. Insyaallah.

AddThis