Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

Fertigasi Lada : untuk Hobi dan Komersial





Nama Syarikat : SERBAJADI AGRO RESOURCES
Lokasi operasi : Bukit Gambir, Muar (Ledang).
Pemilik : Zul (012 - 3345 378) : Ismail (017 - 6699 431) : Faiz (012 - 2722 954)

Gambar Pokok lada @ cili yang tinggi, buah gemuk


Gambar Pokok lada @ cili yang rendang, buah panjang-panjang

Serbajadi Agro Resources mengusahakan tanaman lada (cili) secara fertigasi terbuka. Sistem fetigrasi secara terbuka ini dapat menjimatkan kos terutama dari segi penyediaan rumah fertigasi rangka aluminium. Mereka juga memilih sistem fetigrasi terbuka dengan sebab

  • dapat menjimatkan ruang
  • penjagaan lebih mudah
  • mengurangkan risiko penyakit
  • meningkatkan hasil pengeluaran



Serbajadi Agro Resources menyediakan pakej Taman Dapur 'Edible Garden'

Pakej 12 Pokok (RM 100)*



Medium (sekam)

Polibag
Anak benih

Sistem Fertigasi





Pakej 24 Pokok (RM 180)*

Medium (sekam)
Polibag
Anak benih
Sistem Fertigasi
Baja 1.5 liter [(SBJ Fertilizer (SET A + B )]

*Kos tidak termasuk penghantaran. Harga tertakluk kepada perubahan semasa.



Gambar Baja cecair (SBJ Fertilizer)


Baja Cecair (SBJ Fertilizer) terbukti berkesan dan tidakbertoksik untuk tujuan menyubur dan meningkatkan hasil tanaman, khususnya pelbagai jenis sayuran dan tanaman berpasu.

Servis @ Kambing Jamnapari.blogspot.com

Berminat untuk mengiklankan perniagaan anda (berasaskan pertanian / penternakan?). Setiap review akan dikenakan cas sebanyak RM 30.00 sahaja, panjang lebih kurang 100 - 200 patah perkataan. Sertakan sekali gambar-gambar, sebut harga dan juga apa-apa sahaja maklumat berkaitan.

Email kepada saya di samdaddycool@gmail.com



Mengapa anda perlu mengiklankan pertanian / penternakan anda di http://kambing-jamnapari.blogspot.com?


Ini adalah statistik bilangan pelawat mingguan yang datang ke blog kambing jamnapari pada bulan Mac (sehingga 5 April 2009):

Date

Views

Uniques

09-Mar

396

218

15-Mar

545

278

22-Mar

595

313

29-Mar

399

250

05-Apr

402

160

Total23371219


Ini pula adalah statistik 'keywords' daripada Nuffnang untuk bulan Mac:

KeywordsHits
kambing jamnapari107
jamnapari37
senarai penternak di pahang29
kambing28
contoh pelan kandang kambing21
susu kambing19
pelan kandang kambing19
makanan kambing16
pembekal kambing jamnapari15
kursus pertanian 2009 disabah15

AddThis