Jual produk kambing ni bazar Ramadhan?

Salam,

Agak lama tak membuat catatan di blog kambing jamnapari ini. Kekurangan idea tentang kambing dan masa yang kurang bersesuaian untuk membuat catatan tentang pertanian / ternakan.

Hari ni saya nak kongsikan idea yang boleh diadaptasi dari produk kambing untuk pasaran bulan puasa. Bazaar ramadhan sememangnya menjadi tumpuan hampir seluruh umat Islam di Malaysia bagi mencari juadah berbuka. Bukan sahaja orang yang berpuasa, yang tak berpuasa dan bukan Isalam juga seronok sebab dapat membeli-belah juadah dan juga makanan yang kadang-kala sukar didapati ketika hari-hari biasa.

Ok, saya tak nak membebel panjang, cuma ingin berkongsi idea bagaimana untuk memaksimumkan produk kambing di bazar Ramadhan.

1. BBQ lamb chop
2. Dadih susu kambing
3. Susu kambing segar (berperisa dan original)
4. Shish / Doner kebab (kebab kambing).
5. Kambing panggang... idea saya terhenti...

Insyaallah kalau ada tambahan, saya akan update. Ada hal lain perlu diselesaikan.

Wasalam.

AddThis